
MADRID – Real Madrid terus selesa dengan enam mata daripada dua perlawanan dalam Kumpulan B Liga Juara-Juara Eropah selepas membenam FC Copenhagen 4-0, awal pagi tadi.
Ia lebih bermakna apabila Cristiano Ronaldo dan Angel di Maria masing-masing menjaringkan dua gol.
Kecemerlangan Ronaldo semakin terserlah selepas melakukan hatrik ketika bertemu Galatasaray pada perlawanan sulung yang berkesusahan Real menang besar 6-1.
Dengan itu, Ronaldo kini penjaring terbanyak dengan lima gol dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.
Meskipun tanpa Gareth Bale yang cedera, pengendali Real, Carlo Ancelotti nyata bangkit selepas kekecewaan 1-0 kepada Atletico Madrid pada saingan La Liga hujung minggu lalu. – AFP
