Mansuhkan Cukai Peralatan Keselamatan!


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Anak-Anak Malaysia (Pama) mencadangkan supaya semua cukai jualan yang dikenakan ke atas peralatan keselamatan untuk golongan kanak-kanak termasuk sistem kamera litar tertutup (CCTV) dimansuhkan dalam Bajet 2014.

Pengerusinya, Mohd. Fairuz Mohamed Isa berkata, cadangan itu wajar dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan yang lebih terjamin buat golongan kanak-kanak negara ini.

“Langkah ini akan menggalakkan masyarakat Malaysia memiliki peralatan keselamatan untuk melindungi anak-anak mereka. Cukai peralatan keselamatan yang amat tinggi iaitu duti import dan cukai jualan antara 10 ke 30 peratus menyebabkan harga peralatan keselamatan amat mahal.

“Penghapusan cukai ini tidak memberi impak yang tinggi kepada perolehan kerajaan kerana nilai kutipan cukai yang kecil malah dapat memberi kesan secara lansung kepada pengurangan perbelanjaan kerajaan terhadap initiatif membendung kadar jenayah,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Fairuz turut mencadangkan supaya amaun pelepasan cukai bagi keluarga yang mempunyai anak berusia bawah 18 tahun ditambah.

Menurutnya, penambahan amaun pelepasan cukai itu membolehkan mereka memperuntukkan sebahagian kewangan untuk mendapatkan peralatan keselamatan yang baik untuk anak-anak mereka.

Beliau turut mencadangkan pemberian subsidi atau rebat tiga tahun sekali kepada setiap kepada pembelian peralatan keselamatan kanak-kanak bagi menggalakan penggunannya dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Katanya, kerajaan juga wajar memberi galakan atau insentif menerusi Bajet 2014 kepada pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang menyumbang kepada peningkatan keselamatan kanak-kanak.

Antaranya insentif untuk pemaju perumahan, penerbit buku, filem, derma, promosi serta iklan yang mewujudkan suasana lebih selamat untuk golongan kanak-kanak.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Reza - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger